
Anonymous
4 tahun
Tangan sakit/ngilu terkena ais
saya wanita dan berusia 30,kerja sebagai tukang masak,akhir2 ni tapak tangan saya berasa pedih seperti dicucuk/hiris apabila terkana air batu,

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, salah satu punca masalah seperti anda dan sering melanda golongan tukang masak adalah “carpal tunnel sindrom” di mana penggunaan tangan yang kerap menyebabkan tisu sekitar pergelangan tangan anda bengkak dan menghimpit saraf.
Masalah ini biasanya dirawat dengan penggunaan splint, rehat, ubat tahan sakit, krim sapu dan sekiranya terlalu teruk, pembedahan akan dibuat. Namun begitu, pemeriksaan haruslah dijalankan sebelum kesimpulan boleh dibuat tentang masalah yang anda alami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!