
Sulit
4 tahun
Tangan saya menggeletar ketika menulis dan pegang benda2 ringan
Tangan kanan saya menggeletar ketika menulis, sehingga saya tidak dapat menulis dengan baik. kadang2 saya sendiri pun tak boleh baca apa yang saya tulis, getaran ini juga belaku ketika saya pegang sudu atau benda2 ringan. kalau pegang benda berat tidak pula menggeletar. Kalau tidak pegang apa2. tidak menggeletar. apakah masalah tangan saya ? dan bagaimana untuk saya atasi masalah ini. minta naduhat Dr. terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu tangan yang menggeletar dan menggigil. Untuk makluman anda, antara faktor-faktor penyebab masalah ini adalah:
- essential tremor
- penyakit cerebellar
- Penyakit Huntington
- kesan sampingan ubat, seperti ubat psikiatri, anti-epilepsi, anti-asma, dan ubat imunosupresan tertentu
- pengambilan kafein berlebihan
- penyalahgunaan alkohol atau dengan ketagihan
- anxiety (kegelisahan)
- gula dalam darah rendah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Ujian yang perlu untuk anda jalani adalah bergantung kepada hasil pemeriksaan fizikal yang dijalankan oleh doktor.
Untuk mengetahui secara mendalam mengenai masalah anda, anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.