
Sulit
4 tahun
Tangan selalu menggeletar selepas membuang air besar
Saya hendak bertanya, setiap kali selepas membuang air besar pasti tangan saya akan shaking. Is it normal for everyone, doctor? TQ

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah tangan selalu menggeletar yang anda alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Hipertiroid
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
- Hipotensi (tekanan darah rendah)
- Masalah saraf
- Kencing manis
- Masalah psikologi:
- Kemurungan ( depression )
- Keresahan ( anxiety )
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang hal ini. Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, jika masalah ini berlarutan, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.