
Sulit
4 tahun
Tapak kaki kanan bengkak dan gatal
Saya wanita 19 tahun, menghadapi kesakitan di tapak kaki kanan iaitu bengkak dan gatal. Adakah ia berbahaya? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat pagi. Terima kasih kerana mengajukan soalan ini kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi kaki bengkak dan gatal. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Allergic Contact Dermatitis (Alahan Kulit)
- Atopic Dermatitis (kulit merah dan gatal)
- Athlete’s Foot (Jangkitan Fungi)
- Terdedah kepada bahan detergen
Sekiranya masalah bengkak dan gatal ini berterusan dan bertambah teruk, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan rawatan yang sewajarnya.
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, anda perlu melalui pemeriksaan secara teliti dan menyeluruh. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan bagi mendapatkan keterangan dan pemeriksaan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih