izzamuddinmuhammad
5 tahun
Tapak kaki rata dan sakit kaki
saya merupakan badan unit beruniform , sejak akhir-akhir ni buku lali saya sering terasa sakit,lutut pula terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dan tapak kaki saya sering sakit selepas berlari.Apakah yang menyebabkan ini berlaku?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kaki, lutut ataupun buku lali terseliuh
- Putus ligament
- Otot tegang
- Tulang retak
- Kecederaan tulang rawan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.































