
Sulit
3 tahun
Tapak kaki terasa bergerak/ terasa seperti dap²
Saya wanita 22 saya ingin bertanya baru2 ini tapak kaki saya terasa bergerak/terasa seperti dap²…boleh saya tahu apa puncanya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Masalah hipertiroid
- Masalah hipoglikemia
- Demam panas
- Masalah psikiatri (anxiety atau panic attack)
- Malah saraf kaki
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.