
Sulit
4 tahun
Tapak tangan dan kaki berpeluh, kerap demam & tak tahan sejuk
Sy x sura sy adalah pesakit thyroid , enxiety or whatever… sy dh x tahan dgn tgn kaki sy berpeluh setiap saat… paling stress kerap demam…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Jaga kesihatan anda dengan pemakanan yang betul !
Kami memahami kebimbangan anda mengenai kondisi berpeluh secara tiba-tiba dan kerap demam. Antara penyebab yang boleh mencetuskan gejala seperti itu adalah:
- Masalah tiroid seperti hipertiroidism
- Masalah kebimbangan (anxiety disorder)
- Kerap minum minuman berkaffein seperti kopi atau teh
- Gangguan sistem kekebalan tubuh
- Faktor keturunan / genetik
- Benign essential tremor
- Kurang kandungan gula dalam darah
Disamping itu, kami juga sarankan anda untuk segera ke doktor sekiranya mempunyai simptom-simptom bahaya seperti:
- Pening kepala yang teramat
- Hilang kesedaran
- Degupan jantung yang laju dan tidak sekata
- Gejala berterusan atau bertambah
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.