
Sulit
4 tahun
Temujanji ujian covid kali kedua di klinik kesihatan
Saya telah menjalani swab test pertama pada 25/1 dan masih belum mendapat keputusan ujian swab tersebut. Bagaimana saya nak book appointment untuk swab test kedua jika saya terlepas tarikh appointment ujian swab kedua saya?

4 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan hasil saringan swab test COVID-19
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Lazimnya, proses hasil tes swab memerlukan waktu sekitar 3 hari, namun oleh kerana peningkatan kes harian yang terlampau tinggi, kemungkinan waktu hasil ujian saringan akan sedikit lama dari kebiasaannya.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) atau klinik/hospital yang telah anda laksanakan ujian kelmarin untuk mendapatkan kepastian. Selain daripada itu, tetap lakukan kebersihan tangan sekerap mungkin, jauhi diri dari ahli keluarga atau rakan serumah buat sementara waktu dan patuh dengan SOP PKP sesuai garis panduan KKM.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Di samping itu, untuk makluman anda juga, WHO menyenaraikan simptom biasa untuk jangkitan COVID-19 seperti berikut:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celcius)
- Keletihan
- Batuk
- Sakit-sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sesak nafas
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini