sebasliew92
3 tahun
Tentang penyakit gout
Saya lelaki berumur 27 tahun… dalam lingkungan umur saya ini bolehkah mendapat penyakit gout ini?
6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Sakit gout disebabkan oleh peningkatan kadar uric acid dalam darah yang akan membentuk kristal dalam ruang sendi dan menyebabkan kesakitan. Antara faktor utama gout adalah pengambilan makanan yang mengandungi uric acid yang tinggi, usia dan juga sejarah gout dalam keluarga. Oleh itu, seseorang berusia 20an boleh menghidapi gout jika dia mempunyai risiko risiko ini, walaupun peluangnya rendah berbanding orang yang berusia.
Sila berbincang dengan doktor untuk mendapatkan untuk penjelasan yang lebih tepat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsultasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!






























