Sulit
2 tahun
Tepi kuku keluar cecair kuning
Hai. Dua jari kanan saya, iaitu ibu jari dan jari manis…tepi bahagian kuku tu macam keluah air kuning kuning berbau…bila saya tekan akan keluar cecair kuning. Kenapa ya. Untuk pengetahuan doktor, kuku saya ni selalu jadi macam jerat kuku, yang tepu2 kuku tu keluar kulit
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kelainan di kuku biasanya disebabkan oleh trauma, infeksi bakteria ataupun trauma pada kuku. Infeksi bakteria ditandai dengan keluarnya nanah dari kuku dan umumnya disertai dengan pembengkakan dan reaksi peradangan. Infeksi bakteri lebih sering menyerang jaringan kulit dibawah kuku.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.