
wanisaidi200
4 tahun
Terasa nak pitam dan badan berpeluh
saya wanita berumur 26tahun,saya ingin bertanya…saya kerap rasa nak pitam dan badan akan berpeluh,ia terjadi secara tiba-tiba dan hampir setiap minggu…saya tiada masalah darah rendah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit kepala yang anda alami boleh disebabkan beberapa punca seperti:
- Dehidrasi - kurang minum air
- Migrain - pencetus seperti makanan, stres
- Sakit kepala tegang - sakit kepala yang sering dialami kebanyakan orang
- Tekanan darah - terlalu rendah atau tinggi
- Anaemia - kurang sel darah merah
Sekiranya anda mengalami gejala seperti pitam atau rasa hendak pitam, penat dan sesak nafas yang kerap anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.