
Sulit
3 tahun
Terdapat keputihan bersama baki darah period
Hi, saya wanita berusia 23 tahun dan belum berkahwin. Saya ada masalah keputihan tetapi tidak teruk. Baru baru ini, saya dapati keputihan saya keluar dan saya dapati keputihan tersebut tidak berwarna jernih atau putih tapi berwarna coklat gelap seakan darah period. Kebetulan pula, saya baru sahaja tamat tempoh period saya seminggu yang lalu. Adakah darah yang ada pada keputihan saya itu, baki darah period yg tersisa tempoh hari atau ia merupakan tanda penyakit lain? Boleh dr terangkan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca keluarnya cecair coklat dari faraj. Antara punca utama termasuk:
- Ovulasi
- Kehamilan
- Tisu endometrium
Atau ia juga boleh disebabkan oleh
- Kontraseptif hormon: Pil kontraseptif atau IUCD
- Gangguan stress
- Hormon yang tidak stabil (kerana ubat-ubatan atau gangguan penyakit)
- Penggunaan ubat tertentu
- Masalah kesihatan - sindrom ovary polycystic (PCOS) atau masalah tiroid
- Penebalan atau polip pada lapisan rahim dan fibroid rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda perlu bimbang sekiranya:
- ia mengganggu rutin harian anda
- terdapat gejala yang membimbangkan di luar normal (sakit kepala, lemah badan, mual, muntah, dll.)
- perubahan tubuh yang dirasakan secara drastik (berat badan, bentuk tubuh, dll)
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda masih risau tentang keputihan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.