
Sulit
4 tahun
Terlihat sebarang lopak di ligamen lutut saya
Saya Muhammad Nurhazim Bin Noor Hasmadi…21 tahun…disini Saya nk tanya dan menerangkan permasalahan yg berlaku…saya bru2 nie bermain futsal lepastu kaki terlanggar kaki rakan Sya namun kaki Sya hanya langgar betis,…tpi pada masa yg sama kaki Sya terpelecok jadi lurus kaki lutut jadi lurus tpi xkuat lh ia hanya stuck sikit…tpi lutut saya tidak rasa meletup.,.tpi mcm ada suatu lopak di lutut tpi xsakit

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu, pemeriksaan secara fizikal perlu dilakukan sebelum saya boleh memberikan kesimpulan atau diagnosis. Oleh itu, saya sarankan anda untuk ke klinik berdekatan dan membuat pemeriksaan yang lebih terperinci.
Saya juga sarankan anda untuk segera ke klinik jika anda mengalami gejala seperti:
- Sakit yang teruk
- Kesukaran untuk berjalan atau bangun
- Kebas pada kaki
- Kaki menjadi bengkak
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.