
emma.4aaaa
5 tahun
Tidak bole bdiri 10-15mnit,pening tiba2,berpeluh yg mencurah2,penglihatan kabur,suasan bsing bertukar sunyi,jantung berdenyut semakin lambat..hamil 16minggu
Askum doktor,sy ingin bertanya saye selalu akan merasa spt pening tiba2,berpeluh yg teramat banyak di dahi menitis2 spt mndi walaupun di tempat sejuk…sy jg merasakan dlm keadaan peluh tu pndgran sy yg bsing mnjadi sunyi,pglihatan sy mnjadi semakin kabur,jantung sy trasa smakin slow berdenyut…klu sy x berehat ambik posisi duduk kmgkinan sy akan tumbang waktu tu,tapi selalu ble sy merasakan itu sy cepat2 duduk x kira dmana2 pon…slps 10mnit bru sy akan normal semula bernafas berjalan pendengaran semua normal kpd asal

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ketidakseimbangan hormon tiroid seperti hipertiroid
- Diabetes gestasional (iaitu diabetes kehamilan)
- Anemia dalam kehamilan (kurang darah)
- Masalah jantung
Memandangkan anda juga sedang hamil, dikhuatiri terdapat komplikasi-komplikasi penyakit yang tidak diketahui yang sekiranya dibiarkan dapat membahayakan kandungan dan ibu. Justeru, anda digalakkan untuk merujuk doktor.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.