
Sulit
4 tahun
Tidak dapat mengeluarkan air mani
Hi doc, suami saya tidak dapat mengeluarkan air mani bila bersama saya. Dia selalu bila rasa sakit bila hendak kuarkan air mani… dah terasa sakit dibahagian scratum.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh suami anda. Berkemungkinan situasi yang dia alami adalah ejakulasi tertunda di mana dia mengambil masa yang lama untuk mencapai puncak syahwat dan ejakulasi atau, tidak dapay ejakulasi.
Masalah ini boleh terbahagi kepada dua bergantung dengan gejala yang suami anda alami. Secara amnya pembahagian ini boleh membantu dalam mencari tahu penyebab masalah yang dialami serta mendapatkan rawatan yang sesuai.
Sepanjang hayat vs diperoleh: Masalah ini dialami sejak dahulu lagi atau dia tidak pernah mengalami masalah ini sebelum namun, ianya berlaku sekarang.
Umum vs situasi: Masalah ini berlaku secara umum, tidak terhad kepada pasangan seks tertentu atau jenis rangsangan tertentu atau masalah ini berlaku hanya dalam keadaan tertentu.
Antara punca yang boleh menyumbang kepada masalah ini adalah:
Psikologi
Kemurungan, kegelisahan atau masalah kesihatan mental yang lain
Masalah hubungan kerana tekanan, kurang komunikasi atau masalah lain
Kebimbangan mengenai prestasi
Kurang yakin dengan imej badan
Perbezaan antara realiti hubungan seks dengan pasangan dan fantasi seksual
Ubat dan bahan lain seperti: Beberapa jenis ubat antidepresan, tekanan darah tinggi , diuretik, antipsikotik, anti-sawan dan pengambilan alkohol secara berlebihan
Fizikal
- Kecacatan tertentu semasa lahir mempengaruhi sistem pembiakan lelaki
- Kecederaan pada saraf pelvis yang mengawal orgasme
- Jangkitan saluran kencing
- Pembedahan prostat
- Penyakit neurologi, seperti neuropati diabetes, strok atau kerosakan saraf pada saraf tunjang
- Masalah hormon seperti tahap hormon tiroid rendah (hipotiroidisme) atau tahap testosteron rendah (hipogonadisme)
- Ejakulasi retrograde, keadaan di mana air mani mundur ke pundi kencing dan bukannya keluar dari zakar
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.