
Sulit
4 tahun
Tidak Datang haid dalam 3 bulan Dan selepas itu saya datang haid lagi
Saya Wanita berumur 21 tahun…saya dah 3 bulan tidak datang haid…adakah saya hamil atau saya ada penyakit Lain…Bulan 1 ni saya tidak datang haid…suami mengira sya hamil…saya last datang haid bulan 8…tapi bulan 12 sya haid…jadi bulan 1 ni sya belum haid…saya ada mengidam sesuatu dan muntah…apakah saya hamil atau ada disebalik nye…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami faham situasi yang anda hadapi pada masa ini. Untuk makluman anda, kitaran haid seorang wanita yang normal adalah di antara 21 hingga 34 hari dan tempoh alirannya pula adalah antara 2 hingga 7 hari.
Berikut merupakan antara sebab mengapa seseorang mengalami masalah haid lewat, antaranya:
- Kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Mengenai darah yang turun pada bulan Disember tersebut, ia boleh berpunca daripada pelbagai faktor dan ia dikenali sebagai spotting. Antara sebab mengapa seseorang wanita boleh mengalami spotting adalah seperti berikut:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengapa anda mengalami masalah sedemikian dan hal ini memerlukan pemeriksaan lanjut daripada doktor.
Anda juga dinasihatkan untuk merekod kitaran dan aliran haid anda di dalam diari ataupun aplikasi telefon pintar supaya ia boleh menjadi rujukan anda dan doktor. Selain itu, anda juga boleh melakukan ujian kehamilan untuk mengetahui status anda kerana kehamilan boleh menjadi salah satu punca mengapa haid seseorang wanita lewat.
Jika anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.