
safrabadrinak
5 tahun
Tidak datang period selepas stem cell transplant
Assalamualaikum Dr . Okay sebelum tu saya nak kenalkan diri saya . Saya Wanita berumur 24 tahun . Pada 2018 saya di diagnose leukaemia. Saya dah completed my treatment for 6 cycle chemotherapy and stem cell transplant in August 2019 . Selepas buat transplant tu saya langsung tak ada datang haid , dan sebelum saya buat transplant dr heamatology ada bagitahu bahawa hormon saya akan rosak and mandul . Ada pelung ke untuk saya ada zuriat sendiri ? Perlu ke saya ambil ubat hormon supaya saya mempunyai kitaran period yang normal

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Haid yang lewat adalah apabila haid datang lebih lambat daripada 38 hari daripada hari pertama haid terakhir. Justeru dalam kes anda, haid lewat dapat disebabkan oleh:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUCD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Pihak kami tidak boleh mengulas lebih lanjut samaada anda telah mandul atau sebaliknya kerana ia memerlukan maklumat serta pemeriksaan dengan teliti.
Rawatan yang diperlukan ialah bergantung kepada punca masalah yang anda hadapi.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.