Sulit
3 tahun
Tidak period sebulan tetapi mempunyai tanda hamil
1 saat
hai doc, saya nak tanya kenapa saya tidak haid selama sebulan tetapi saya
cek upt negatif sedangkan saya rasa pening kepala ,nak termuntah , tapi keluar darah sedekit selama 5 hari tetapi warna coklat em risau pulak
sakit pinggang . Apakah cara yg boleh supaya saya boleh melancarkan
kitaran haid saya guna ubat apa atau makanan yang boleh lancarkan haid ye ?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah lewat haid yang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Umur:
Haid anda boleh berubah-ubah mengikut dari segi tempoh masa dan juga aliran ketika anda masih remaja.
- Berat badan dan diet:
Berat badan dan kandungan lemak badan boleh menjejaskan haid anda.
- Sindrom ovari polikistik / Polycystic ovarian syndrome (PCOS)
Penyakit ini boleh menyebabkan perubahan hormon dalam badan di mana telur telah berhenti matang.
- Ubat-ubatan:
Sesetengah ubat yang disarankan untuk masalah kesihatan tertentu boleh menganggu kitaran haid. Pil perancangan, pil hormon, ubat sawan, ubat untuk kemurungan adalah antara contoh-contoh ubat yang melambatkan kitaran haid.
- Hormon tidak stabil disebabkan stress, tekanan emosi dan jadual harian yang terlalu aktif dan padat
Oleh yang demikian, terdapat pelbagai saranan umum yang anda boleh ikut untuk mempunyai kitaran haid yang teratur seperti:
- Kurangkan berat badan seperti bersenam
- Rujuk doktor jika ambil pil perancang
- Amalkan hidup dan pemakanan sihat
- Rujuk doktor jika mengalami masalah jerawat atau rambut pada wajah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk merawat masalah haid lewat supaya kitaran haid anda kembali teratur Klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.