
Sulit
5 tahun
Tidak selesa dibahagian tengah tengah dada
Doc, saya seorang pelajar berumur 19 tahun. Saya berasa tidak selesa dibahagian dada, di bahagian tengah tengah dada. tapi saya tidak rasa sakit yang teruk, sesak nafas, batuk atau penat. Perkara ini baru terjadi dalam 2 hari lepas. Boleh saya tahu kenapa ye? Patut ke saya pergi membuat pemeriksaan di hospital?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit dada ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
Gangguan emosi
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Terutamanya jika masalah ini semakin parah sehingga menganggu kualiti hidup anda.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.