
Sulit
4 tahun
Tips gaya hidup sihat
selamat sejahtera doktor, bolehkah doktor sarankan beberapa tips untuk mengamalkan gaya hidup sihat supaya dapat mengelakkan diri daripada penyakit-penyakit yang biasanya dihadapi oleh wanita?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, tips gaya hidup sihat untuk mengurangkan risiko penyakit wanita ialah:
- Memastikan berat badan dan BMI anda normal
- Makan makanan yang seimbang
- Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu dan kolesterol
- Bersenam 5 kali seminggu selama 30 minit
- Elakkan merokok, terlampau banyak minum alkohol dan penggunaan dadah
- Elakkan seks rambang
- Selalu menjalani pemeriksaan kesihatan
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.