Lily

5 tahun

Tolong saya doktor, saya sering diserang jangkitan herpes

Pada tahun 2014, saya disahkan mempunyai herpes genital semasa hamil. Setelah bersalin, saya tidak pernah langsung didatangi semula penyakit tersebut. Kemudian pada tahun 2017 saya sekali lagi hamil dan herpes itu kembali menyerang kemaluan saya. Doktor melakukan pemeriksaan pada saya dan suami tetapi keputusannya negatif. Semasa bersalin secara czer, saya membuat keputusan untuk terus melakukan BTL supaya herpes itu tidak lagi menyerang saya sekiranya saya hamil lagi. Ianya selalu menyerang saya semasa saya hamil sahaja. Setelah 8 bulan bersalin, saya diserang lagi herpes genital tetapi saya tidak hamil. Saya belum pergi melakukan pemeriksaan di mana2 klinik atau hospital sebab saya benar2 buntu dan menderita dengan masalah ini.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Salam sejahtera. Terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.

Herpes pada kemaluan disebabkan oleh Herpes Simplex Virus (HSV) 1 dan 2. Jangkitan ini berlaku oleh kerana sentuhan terus dari orang yang telah menghidapnya ataupun hubungan kelamin sama ada oral ataupun biasa. Setelah dijangkiti, virus tersebut sama sekali tidak akan keluar dari badan puan namun ia akan kekal menjadi tidak aktif di dalam sel-sel saraf. Virus ini hanya akan menjadi aktif apabila puan mengalami demam atau sakit, lebih-lebih lagi ketika puan mengandung kerana kadar imunisasi puan berada pada tahap yang rendah. Jadi, adalah normal untuk puan menghadapi jangkitan susulan tersebut ketika puan mengandung.

Langkah puan untuk melakukan BTL bagi mengelakkan terjadinya lagi jangkitan herpes adalah langkah yang kurang tepat kerana virus tersebut akan berada di dalam tubuh puan untuk tempoh waktu yang lama, dan mungkin akan kembali lagi walaupun ketika puan tidak berbadan dua. Seperti yang dinyatakan di atas, virus tersebut akan kembali menyerang ketika terdapatnya tekanan, demam, sakit-sakit lain ataupun ketika puan mahu menjalani pembedahan.

Adalah dinasihatkan untuk puan berjumpa lagi dengan doktor pakar bagi membincangkan masalah yang dihadapi ini.

Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.

Herpes genital merupakan sejenis penyakit kelamin yang biasanya disebabkan oleh virus herpes simplex atau HSV. Jangkitan HSV biasanya boleh diatasi dengan ubatan dan sistem pertahanan badan kita Orang yang kurang daya pertahanan seperti pesakit AIDS atau pesakit kencing manis boleh mengalami ruam kulit yang berulangan dan ruam tersebut akan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh.

Selain itu, kondisi-kondisi yang melemahkan sistem pertahanan badan seperti pemakanan yang tidak baik, haid atau kondisi yang mengganggu keseimbangan hormon di dalam badan seperti tekanan emosi dan hamil boleh menyebabkan serangan herpes genital.

Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan terbaik untuk anda. Buat masa sekarang, tiada ubat yang boleh menyembuhkan jangkitan HSV tetapi ubatan makan antivirus seperti aciclovir, famciclovir dan valacyclovir boleh digunakan untuk merawat ruam kulit dan mengurangkan jangkitan ulangan.

Selain mengambil ubatan, anda digalakkan untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk membina daya pertahanan badan yang kuat supaya serangan herpes genital ini boleh dicegah dengan lebih berkesan.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)