
wanhidayatul91
5 tahun
Tukar suntikan kepada pil perancang
Doctor, saya amek suntikan depo pada 4/11… Dan 9 hari lepas tu saya period smpai hari nie dah hari ke 26 dah period masih ada… Kalau saya nak tukar kepada pil perancang 21 hari bile saya boleh ambil… Dan adekah darah period terus stop bile tukar kepada pil perancang… Ke mcm mne doktor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, metode perancangan keluarga adalah tidak terhad kepada cara suntikansahaja.
Sekiranya anda berasa tidak selesa dengan metod suntikan, tersedia perancangan keluarga jenis lain, menurut urutan daripada yang paling efektif seperti:
- Implant
- Intrauterine contraceptive device (IUCD)
- Pil perancang keluarga
- Patch
- Vaginal ring
- Diaphragm
- Kondom lelaki, kondom wanita
- Cervical cap
- Kalendar
- Spermicide
Bagi menggantikan metode perancangan keluarga, harus diketahui bahawa pil perancang dijual secara strip. 1 strip pil perancang mempunyai 21 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan. Kemudian, anda akan berehat selama 7 hari sebelum mulai makan strip baru.
Akan tetapi, secara umum, seorang wanita boleh mula mengambil pil perancang pada bila-bila masa dalam kitaran haid mereka(dalam kes anda, ia haruslah sebelum waktu mendapatkan suntikan Depo seterusnya). Walau bagaimanapun, ia boleh mengambil beberapa hari untuk pil untuk menubuhkan kitaran hormon yang konsisten dan efisien menghalang kehamilan. Dengan memulakan pil midcycle, seseorang berisiko kehamilan dan sebaiknya menggunakan kaedah perancang tambahan sehingga mereka mengambil pil itu selama sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Untuk lebih berhati-hati, sebaiknya puan menggunakan satu lagi jenis birth control seperti kondom pada bulan pertama mula makan pil perancang.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.