
Sulit
4 tahun
Tumit kaki kanan sakit dan rasa tegang setiap kali bangun dari tido dan bersila. Sakit setiap kali hendak memjika lantai. Tapi kaki kiri ok
Hai doktor. Saya wanita berusia 31 tahun. Pekerjaan saya memerlukan saya memakai safety boot setiap hari. Saya berat 85, tinggi 156cm .Belum berkahwi . Dan baru je jaguh bilik air last week. Saya mengalami sakit tumit kanan ( dan rasa tegang mncucuk bila nk pijak lantai) setiap kali saya bgn tido dan bngun dr bersila. Tp selepas bbrapa minit, sakit tu hilang jika saya sentiasa berjalan. Blh advise?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- posisi tidur yang salah
- sakit otot
- taruma sendi
- gangguan persarafan
- kondisi tubuh lain yang memerlukan rawatan doktor
Sementara mendapat bantuan dari doktor di klinik saya sarankan anda untuk
- sentiasa memastikan anda bekerja, berehat dan tidur dalam posisi yang ergonomik
- jauhi pemakaian kasut tumit tinggi buat sementara waktu
- jauhi pemakaian kasut kerja yang terlalu ketat
- memastikan anda cukup rehat, makan dan minumsetiap hari
- serta mengamalkan gaya hidup sihat
- menjaga berat badan
- pemakanan yang berkhasiat
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Masih risau dengan sakit tumit anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.