
Sulit
4 tahun
Turun darah selepas haid
Doktor,sy bersalin secara czer pd 2019 dan telah mengambil suntikan depo. Sy juga telah berhenti depo bulan ini ats arahan doktor yg sy jumpa ats masalah haid berpanjangan. Doktor tersebut telah memberikan sy tranxemic acid utk henti darah pd 1/10 tetapi sehingga habis bekalan ubat,haid tak juga berhenti.
Kini haid kering pd 27/10 dan sy telah bersama pd 28/10. Selepas bersama darah haid turun lg sekali. Apa masalah yg sy hadapi dan perlukah sy berjumpa pakar? Tq doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Merujuk kepada darah yang berpanjangan, ia mungkin disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Sindrom Polisistik Ovari atau PCOS
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Oleh kerana masalah disebabkan oleh pelbagai penyakit, sukar untuk ditentukan yang mana satukah penyakit yang mendasari keluhan anda ini. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) . Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.