
Sulit
3 tahun
Ujian Upt positif, keliru cara kira brapa minggu hamil sebab period tak regular
Assalamualaikum, sya ibu kepada 4 orang anak. Period sya yg akhir pada hari pertama 7/11/2021 (itu pun sebab pergi kelinik dan doc bagi ubat turun darah period) kerana bulan 10 tu mmg tidak datang period, dan ujian scan telah dibuat dan upt juga NEGATIF. Hari ni pada pukul 6.40 pagi 11/2/2022, sya buat ujian UPT, didapati POSITIF. Soalan sya bagaimana cara untuk sya kira berapa minggu kandungan sya dan cara betul kira period yang terakhir kalau period tak regular macam saya?terima kasih atas nasihat dan jawapan yg doc berikan dan sya juga akn merujuk ke doc klinik.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kehamilan dikira dari hari pertama haid terakhir wanita.
Walaubagaimanapun, dalam situasi anda, anda memerlukan perundingan doktor kerana haid anda yang tidak teratur.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.