
Sulit
4 tahun
Ulnar nerve entrapment pada tangan dan kaki
Saya wanita 20 tahun,saya selalu rasa tak selesa seolah olah jari mati pada jari kelingking saya,dan juga pada fourth yoe dan little toe jari kaki saya.kalau tangan saya rasa mostly kanan tapi both kaki rasa.benda ni dah experinece lama dah,tapi sekarang benda ni sangat menggangu tidur saya,benda rasa especially malam dan buat saya susah tidur. Kaki saya juga selalu rasa sakit dan lenguh terutamanya di tulang sepanjang little toe tu,dan saya tak tau lah berkaitan ka tak tapi saya selalu rasa lemah kaki.wujudkah rawatan untuk sakit nih? Tolong bagi pencerahan apa yang saya patut buat

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- posisi tidur yang salah
- sakit otot
- taruma sendi
- gangguan persarafan
- mahupun kondisi tubuh lain yang sememangnya memerlukan rawatan doktor
Sementara mendapat bantuan dari doktor di klinik saya sarankan anda untuk
- sentiasa memastikan anda bekerja, berehat dan tidur dalam posisi yang ergonomik
- jauhi pemakaian kasut tumit tinggi buat sementara waktu
- jauhi pemakaian kasut kerja yang terlalu ketat
- dan memastikan anda cukup rehat, makan dan minum setiap hari
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Masih risau dengan sakit kaki anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.