
Sulit
4 tahun
Ulser pada sekeliling bibir faraj
Saya mengalami biji2 yg gatal di sekeliling bibir faraj,saya apply antifungal cream econazine kemudian biji2 tersebut pecah dan luka sehingga hendak kencing pun sakit…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang dituju.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu ulser atau luka pada kemaluan. Untuk makluman anda, luka pada kemaluan, boleh disebabkan oleh banyak perkara, seperti:
- Jangkitan penyakit STD seperti herpes atau sifilis
- Radang akibat jangkitan lain
- Luka akibat digaru
- Kecederaan akibat pemakaian pakaian dalam yang kurang sesuai.
Bagi menentukan punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya masalah tersebut mengganggu fikiran dan aktiviti seharian anda, memandangkan adanya risiko jangkitan pada kemaluan.
Buat masa ini anda boleh cuba:
- kurangkan bersentuhan dengan kawasan luka
- pastikan tangan dan barang-barang yang bersentuhan dengan luka betul-betul bersih
- pastikan anda mencuci luka menggunakan air yang bersih
- sentiasa memastikan kebersihan pakaian dalam
Jalinkan hubungan mesra yang bebas jangkitan.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.