
Sulit
4 tahun
Upt negatif tapi period dh miss 10 hari
saya wanita berumur 21 tahun. bulan lepas period dtg 2 kali iaitu pada 12/11 & 18/11 .& utk bln 12 ni belum period lagi . dh check tp negatif … biasa kitaran period normal je . cuma bln ni je lmbt .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami haid anda lewat selama 10 hari.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Oleh, disarankan untuk anda dapatkan pemeriksaan lanjut agar punca sebenar dapat dikenal pasti secara tepat.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!