
Sulit
4 tahun
Urat timbul di batang zakar
Saya lelaki 23 tahun.Sejak 5 hari lepas saya mengalami lenguh di celah kangkang sehingga membuat saya tidak selesa di scortum juga.Mungkin akibat saya duduk terlampau lama semenjak kebelakangan ini.Sekarang lenguh sudah berkurangan tetapi sekarang sata menyedari ada urat timbul di batang zakar saya.Ianya tidak sakit .Tetapi sekarang zakar saya seperti tidak menegang dengan sepenuhnya.Saya bimbang sama mengalami sebarang penyakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Akan tetapi bagi masalah zakar tidak menegang dengan sepenuhnya boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah psikologi
Kecederaan zakar
Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.