Sulit
3 tahun
Vagina Dan mulut berbau
Saya berumur 39 thn. Bekerja. Mempunyai masalah vagina Dan mulut yg berbau. Pelbagai alternatif telah saya Cuba namun tidak berhasil.
Contoh megumur dgn listerin selepas memberus gigi. Telah ke dentist.
Masih lagi gagal.
Untuk vagina pula saya tiada keputihan yg kronik sehingga kuning atau hijau.
Tetapi harian saya dapati sewaktu membersihkan kemaluan akan ada keputihan yg berkumpul dicelah bibir vagina Dan baunya Sgt tidak menyenangkan.
Saya kuat minum air putih. Saya juga Sgt stress dgn kerja rumah. Namun dipejabat saya Sgt gembira kerana punya byk masa utk diri sendiri. Adakah faktor stress itu mempengaruhi.
Ketinggian saya 164cm dgn berat badan 67kg.
Harap doktor dapat membantu. Ini me datang kan masalah ketika hubungan suami isteri Dan keyakinan untuk bercakap dgn org ramai. Esp bulan puasa. Terpaksa menggisok gigi selang 2jam.
Please help me doktor
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah keputihan dan bau pada kemaluan boleh disebabkan faktor seperti keputihan fisiologi, jangkitan kandidiasis, jangkitan kulat akibat kerap membasuh kemaluan ataupun penyakit kelamin. Bagi mengurangkan masalah ini, anda boleh:
- Dapatkan krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Elakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Bagi masalah nafas/mulut berbau pula, antara beberapa punca adalah seperti:
- Jangkitan kuman/kulat dalam tekak atau radang tonsil
- Mulut kering
- Zenker divertikulum - apabila terdapat poket disaluran makanan menyebabkan makanan terkumpul
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.