
Sulit
5 tahun
Vaginal discharge berlebihan
Saya wanita berumur 30 tahun. Saya telah di diagnose dengan fibroid dan bakal menjalani pembedahan julai ini. Saya mengalami period yg banyak dan pernah anemia dgn bacaan hb 4.5 dan dimasukkan ke wad untuk transfusi darah. Saya mengambil ubat tren utk mengawal pendarahan setiap kali period. Setiap kali period, selepas tiada lagi darah haid, saya mengalami discharge yang sangat banyak berwarna kekuningan dan cair seperti air kencing. Justeru saya masih perlu memakai pad utk menampung cecair ini dan mengelakkan dari seluar saya basah. Ianya keluar hanya selama seminggu lepas haid dan hilang selepas seminggu. Ianya juga tidak gatal. Harap doctor dapat bantu kerana saya tidak pasti apa yang menyebabkan keluarnya cecair tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Keputihan fisiologi
Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Berdasarkan dari gejala yang anda terangkan berkemungkinan ianya hanyalah keputiha fisiologi. Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.