
Sulit
5 tahun
Vaksin hepatitis B dan penggunaan kondom
suami saya disahkan menghidap hepatitis B reactive pd ujian darah nya. Saya telah pun mengambil vaksin imunisasi hepatitis B.
kemusykilan saya, adakah suami wajib menggunakan kondom ketika hubungan seksual wlaupun saya telak suntik vaksin hepatitis B dari jangkitan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, walaupun anda telah mengambil vaksin hepatitis B, suami anda dinasihatkan untuk memakai kondom ketika hubungan kelamin kerana masih terdapat risiko jangkitan hepatitis B diwaktu badan anda sedang menyesuaikan dengan vaksin yang diberikan. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai hepatitis B dan kesihatan seksual, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.