
Sulit
4 tahun
Wean off anak berusia 2 tahun. Tapi susu badan masih ada lagi dan mengakibatkan bengkak susu
Hello. Saya seorang ibu berusia 29 tahun. Macam mana saya nak wean off dan dalam masa yang sama susu badan masih lagi ada. Sekarang anak saya dah 2tahun 2bulan. Dan saya pernah cuba wean off selama satu hari, tapi susu mengalir keluar dan bengkak. Saya harap doc dapat bantu masalah saya ni. Tq

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cairan payudara yang keluar disertai sakit payudara boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Abses
- Efek pil perancang
- Masalah endokrin
- Mammary duct ectasia - saluran susu membesar dan tersumbat
- Prolactinoma - tumor otak yang menyebabkan hormon susu meningkat
- Keradangan payudara
- Tumor-tumor atau kanser payudara
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.