
Sulit
3 tahun
Wound inspection atau cuci luka sendiri
saya wanita berumur 22 tahun. semalam saya telah menjalani prosedur toe nail removal dan mendapat appointment pada hari isnin depan 14/6 untuk wound inspection. soalan saya, dari tempoh jumaat hingga ahad, boleh dan perlu kah saya memcuci luka sendiri?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami faham bahawa anda ingin mengetahui sama ada boleh atau tidak anda mencuci luka tersebut sendiri. Jangan bimbang, kami akan cuba untuk membantu anda.
Secara umum, setelah prosedur pembuangan kuku, ia perlu dibiarkan kering, lazimnya untuk satu hari, bergantung kepada keadaan luka anda dan nasihat doktor anda. Anda boleh mencuci luka tersebut menggunakan air biasa atau suam, sebaiknya memerlukan peralatan pelengkap yang lain seperti krim antibiotik atau cecair disinfeksi. Kemudian, anda digalakkan untuk membalutnya kembali dengan pembalut yang baru.
Akan tetapi, sekiranya anda tidak pasti akan perkara ini, anda boleh pergi ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan cuci luka agar prosedur yang tepat dapat dijalankan dan mencegah sebarang komplikasi jangkitan kuman.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.Jika anda masih memerlukan penerangan lebih lanjut berkenaan pertanyaan anda, anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian secara peribadi.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.