
Sulit
4 tahun
Zakar bengkok kebawah
Zakar saya bengkok kebawah dgn ketara.apakah cara cara untuk meluruskan/menegakkan kembali zakar saya seperti lelaki normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda. Untuk makluman anda, zakar yang bengkok ke bawah merupakan anatomi normal untuk sesetengah lelaki. Oleh itu, anda tidak disarankan untuk melakukan sebarang pembedahan kecuali jika perkara ini mengganggu kehidupan seksual anda.
Gejala zakar bengkok juga boleh disebabkan oleh:
- Zakar bengkok atau penyakit Peyronie/Peyronie’s disease adalah lengkungan zakar yang tidak normal yang disebabkan oleh tisu parut (fibrous scar tissues) dalam tisu ereksi.
- Ia adalah keadaan di mana zakar apabila tegaang atau mula mengeras, ia akan mula melengkung secara tidak normal.
- Oleh kerana tisu parut menghalang zakar untuk mengembang secara keseluruhan, lengkungan itu akan menjadi paling jelas semasa ereksi. Ia adalah salah satu punca yang jarang berlaku untuk disfungsi ereksi - keadaan di mana seorang lelaki mengalami kesukaran untuk mencapai atau mengekalkan ereksi.
- Lengkungan ini juga boleh menjadi sangat teruk sehingga mengganggu hubungan seksual.
- Penyakit Peyronie biasanya terjadi dalam kalangan lelaki berusia 50 tahun ke atas.
Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah