
Sulit
4 tahun
Zakar bengkok sedikit apabila tegang, kencing tidak lawas, ejakulasi pramatang
Hai, sy umur 21 tahun belum berkahwin. Saya mempunyai masalah zakar bengkok ke bawah sedikit apabila tegang. Saya juga dapati lps sy kencing, masih ada sedikit yg keluar. Saya juga mempunyai pancut awal. Ada x rawatan utk masalah saya ini…

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, struktur zakar yang bengkok sedikit adalah normal apabila tegang. Namun, jika anda masih ingin berkomunikasi tentang perkara ini kepada doktor, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian.
Untuk makluman pihak tuan, masalah kencing tidak lawas boleh disebabkan beberapa perkara:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
- Masalah prostat
Kami juga memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah ejakulasi pramatang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
- psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ejakulasi pramatang kepada doktor bagi meningkatkan kesihatan seksual anda. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.