
Sulit
2 tahun
Zakar berbiji air kecil
Hi doc sy ingin bertanya 1 soalan, zakar sy ada tumbuh biji2 kecil dan isi nya air pada bahagian kulit batang zakar, biji kecil ini telah pecah tetapi tidak gatal tetapi bila pecah biji2 ini menyebabkan rasa sakit seperti pedih, saya mencuci nya dan sapu minyak gamat skrg sudag kering tetapi tumbuh pula dia sebelah lg biji2 ini, bini2 tiada nanah kencing sy mcm biasa bila bunang air kecil pun skrg normal, cuma sy risau knp Boleh tumbuh biji2 kecil ini pada bahagian batang seperti kena ulser tapi isinya adalah cecair warna jernih bukan warna nanah
Boleh doc jelaskan alaa salahnya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, biji-biji di zakar boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.