
Anonymous
6 tahun
Zakar saya tidak tegang
saya sedang bersama isteri. tiba tiba saya
perasan zakar saya dari tegang terus layu
dan tak dapat bangun . saya risau tentang ini

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sebelum kami boleh membuat kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi, beberapa perkara harus kami ketahui seperti adakah ini kali pertama perkara ini terjadi dan juga latar belakang kesihatan anda.
Biasanya masalah zakar tidak tegang boleh disebabkan oleh:
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
Penyakit jantung
Diabetes
Obesiti
Kolesterol tinggi
Darah tinggi
Masalah ini boleh dielakkan dengan:
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Amalkan pemakanan sihat dan seimbang
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian dan rawatan. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!