Sulit
5 tahun
Air mazi saya keluar walau tidak terasang
Saya remaja berumur 23 tahun. I week before ramadhan sy ad buat onani menggunakan pelincir. Dan selepas pada itu bahagia dalam alat sulitnsy terasa gatal yg amat sampai saya garu dan last sekali mase nak buang air kecil terasa pedih. Keesokkan hari sy dapayi air mazi sy keluar walaupun tidak terasang. Kemudian sy ke klinik kerajaan utk pemeriksaan dan doc meminta untuk membuat pemeriksaan air kencing. Alhamdulillah tiada masalah dgn penyakit kelamij and soon. Tetapi doc tak jeles dengan detail pasal ni dan tiada ubat yang diberikan. So dekat sini saya nak tahu apakah rawatan dan ubat yang boleh rawat masalah air mazi yang keluar ni katenye doc yang sy jmpa tu dia cakap biarkan dan dia baik sndiri.
5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Luka atau trauma pada zakar
- Penyakit Kelamin (Sexually Transmitted Disease) seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Cyst
- Masalah kulit seperti benjolan nanah atau jerawat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.


































