
nursafiqahtahir
5 tahun
Airway inflammaroty tanpa asthma
Assalamualaikum hi doc, saya nak tanya kesan Airway inflammaroty without asthma apa ya?
Okay macam ni saya sakit dada makin meningkat umur ,dada saya sakit. Saya penat dada saya sakit, bila bau rokok automatik badan saya rasa lemah sangat tak ada keupayaan cakap , nafas saya sekat, jantung saya terlampau laju, nak tidur tak boleh, saya mampu nangis. Saya pernah baring dada saya sakit, tak berupaya nak gerak atau cakap. Sakit dia tercucuk amat. Adakah sebab Airway inflammaroty? Saya berumur 21

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Melihat kepada penjelasan anda, sebetulnya airway inflammatory itu adalah salah satu sifat penyakit paru-paru seperti asma, COPD dan sebagainya.
Justeru, berdasarkan penjelasan anda, kemungkinan yang anda alami ini adalah sakit dada. Pada wanita muda, sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai penyakit seperti dibawah:
- Refluks asid perut iaitu keadaan yang mana isi perut yang bersifat asidik naik ke esofagus dan menimbulkan rasa sakit dada memandangkan posisi esofagus yang terletak di belakang tulang dada.
- Sakit terkait otot dan tulang seperti costochondirits iaitu keradangan tulang rusuk. Biasanya pesakit sukar menentukan apakah sakit tersebut di dada atau rusuk teruatama jika terkena tulang rusuk atas.
- Kecelaruan keresahan atau dalam bahasa Inggeris dikenali juga sebagai anxiety . Ia gejala fizikal yang timbul bersamaan dengan rasa bimbang seseorang.
- Kesan pengambilan ubat-ubatan. Kebanyakan ubat jika tidak digunakan dengan benar dapat menimbulkan kesan sampingan dan reaksi yang dapat mempengaruhi kesihatan seseorang
Melihat kepada banyaknya penyakit yang dapat mendasari keluhan sakit dada daripada yang tidak merbahaya sehingga yang kecemasan, anda adalah digalakkan untuk merujuk ke doktor agar penyebab sakit dada anda dapat dikenalpasti dan sekiranya situasi mencemaskan ia dapat ditangani dengan segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengenalpasti penyebab sakit dada anda, pertanyaan dan pemeriksaan lanjut harus dilakukan. Justeru, silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.