
Sulit
4 tahun
Alergi Kulit, tangan bengkak selepas mencangkul tanah
Bapa saya berumur 64 tahun mempunyai sejarah penyakit stroke dari 10 tahun dahulu. Beliau memakai sarung tangan dan mencangkul tanah semalam. Hari ini, tapak tangan kirinya bengkak dan terdapat cecair yang meleleh dari luka.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, terdapat beberapa masalah yang boleh dikenalpasti daripada gejala yang digambarkan seperti:
- Jangkitan kulit (cellulitis, necrotising fascitis)
- Kecederaan trauma
- Melecet
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.