Sulit
3 tahun
Badan terasa panas walau suhu normal, tapak kaki terasa sejuk
Badan terasa panas suhu badan normal kadang2 37.5, tapak kaki terasa sejuk. Kadang2 terasa mengigil, lenguh lengan kiri dan kanan.
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi iaitu bacaan suhu badan 37.5 beserta lenguh pada tangan disertai kegigilan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Demam denggi
- Demam malaria
- Demam kepialu/ tifoid
- Jangkitan meleidosis
- Pharyngitis/ Jangkitan pada tekak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera supaya komplikasi yang lebih buruk seperti pendarahan dapat dielakkan dan supaya ujian pengesahan seperti ujian darah dapat dilakukan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.