
mohdbasaridris
2 tahun
Bengkak kaki sebelah Kanan di bawah buku lali
Saya lelaki berumur 63 thn. Ada penyakit gout, darah tinggi. Bengkak x sakit mcm gout, cuma disebabkan bengkak saya tidak dapat membuat tahyat akhir dgn sempurna… bila Kena gout doktor bagi ubat diklorofenal sodium 50mg Dan susut bengkak setatio peptiodase. Sekian terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang tuan berikan, gejala bengkak disebelah bahagian kaki terutamanya bahagian buku lali boleh berpunca daripada beberapa sebab seperti:
- Ketidak-sempurnaan saluran limfa
- Jangkitan kulit - Sellulitis
- Artritis sendi (Osteoarthritis)
- Gout
- Lemah jantung - menyebabkan edema(air terkumpul) dibahagian kaki
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.