Sulit
5 tahun
Bintik merah di tangan akibat terkena cecair peluntur
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya, saya ada menggunakan cecair peluntur utk dijadikan cecair disinfect seperti yg saya baca di Facebook. Adakah tindakan yg saya lakukan ini adalah benar ataupon hanya sekadar mitos? Saya tak ada sarung tangan dan tangan saya telah terdedah oleh cecair peluntur tersebut hingga menyebabkan timbulnya bintik2 merah pada tangan saya. Apakah yg saya harus lakukan untuk merawat sendiri di rumah tanpa mengunjungi klinik atau berjumpa dengan doktor? Dan saya juga merasa sesak nafas akibat terhidu cecair itu walaupon saya telah memakai topeng muka berasaskan kain cotton. Apakah yg saya harus lakukan?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kulat
- Ekzema: biasanya disebabkan alahan
- Kurap (ringworm)
- Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
- Psoriasis
- Digigit serangga atau nyamuk
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.































