
Anonymous
5 tahun
Cara makan pil yasmin
Saya ialah wanita berumur 20’an … Saya secara tidak langsung melakukan hubungan intim dgn pasangan saya (dia tidak memasukan zakar ke dlm faraj tetapi mengluarkan air mani diluar faraj) dan mengambil pil yasmin pada keesokan harinya kerana khuatir risiko saya untuk mngandung adalah tnggi. Boleh ke buat macam tu ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, pil yasmin biasanya digunakan sebagai pencegah kehamilan jangka panjang. Anda harus mengambilnya untuk jangka panjang sekurang-kurangnya seminggu sebelum ia boleh mengurangkan kemungkinan untuk hamil. Ia bukanlah one-off pill. Namun, terdapat cara lain unutk menghalang kehamilan seperti
- penggunaaan kondom
- penggunaan pil kecemasan seperti Postinor
Anda juga harus ingat bahawa setiap pil yang anda ambil mempunyai kesan sampingan dan anda harus berbincang dengna pakar perubatan dahulu sebelum memilih pilihan pil yang ada seperti Mercilon, Yasmin ataupun Noriday.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.