
Sulit
4 tahun
Cecair hitam dari faraj
Saya umur 19 tahun dan pernah keguguran 2 kali dalam tahun yang sama. Selepas keguguran yang kedua saya mengalami pendarahan selama 11 hari. Tidak lama selepas itu, faraj saya mengeluarkan cecair hitam dan saya sakit kepala. Adakah ini normal atau bahaya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, cecair hitam yang keluar dari faraj anda boleh disebabkan:
- Darah lebihan dari haid yang sebelumnya. Darah yang telah lama akan teroksida dan berwarna hitam
- Darah pada awal dan hujung haid biasanya mempunyai aliran lebih perlahan, ini menyabakan darah gtersebut tersimpan lebih lama di dalam rahim dan berwarna hitam
- Pendarahan dari poilp atau fibroid dalam rahim
- Pendarahan dari ovulasi
- Jangkitan kulat disertai pendarahan haid
- Kanser serviks/rahim/ovari
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.