
Sulit
4 tahun
Darah beku di jari kaki
Saya lelaki,umur 25 tahun,selepas saya jogging beberapa kali,jari kaki middle toe dan fourth toe saya melecet dan ada darah beku,sudah masuk hari ketiga dan ianya masih sakit. Perlukah saya pegi jumpa dr untuk rawatan atau hanya perlu membiarkannya sahaja?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Untuk pengetahuan anda, kebiasaanya luka melecet akan sembuh dalam tempoh waktu 1 hingga 2 minggu tetapi kadar penyembuhan luka juga bergantung kepada beberapa faktor, antaranya:
- Tahap sistem imun
- Kedalaman luka
- Bahagian luka
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mengalami gejala berikut, sila berjumpa dengan doktor segera:
- Kaki anda semakin sakit
- Gejala mengganggu aktiviti harian anda
- Terdapat nanah pada bahagian luka atau sekitar darah beku
- Demam
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.