
Sulit
4 tahun
Doktor Kenapa period saya tidak datang setelah beberapa bulan sedangkan saya belum berkahwin
saya wanita yang belum pernah berkahwin…sblm ni period saya normal je sama je tarikh dia tpi sejak beberapa bulan ni period saya langsung tidak datang…saya risau jgk sbb agak lama period saya tak datang…Boleh doktor bagitkahu sebab kenapa period saya tak datang dan apa ubat yang saya perlu makan untuk melancarkan peredaran darah saya ini?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami haid anda tidak datang pada waktu yang anda jangka selama beberapa bulan dan anda berasa bimbang dengan hal ini.
Untuk makluman anda, haid lewat boleh menjadi normal atau sebaliknya. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan haid lewat, antaranya:
- kehamilan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Persoalan anda tentang hormon anda dengan kitaran haid anda memerlukan pemeriksaan rapi dari doktor. Ujian darah dan alat sulit perlu dibuat.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Oleh itu, terdapat beberapa punca lain untuk haid lewat walaupun anda masih belum berkahwin. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!