
Anonymous
2 tahun
Gaot dan blood test result
Suami saya kene penyakit gaot since 2 years ago. Lately ni dia kena lagi and after do the blood test it shows that kolestrol tinggi, efgr 89, kalsium tinggi. Adakah efgr sudah tahap bahaya? Apakah diet yang sesuai untuk pesakit yang mempunyai gejala seperti diatas. Suami saya berusia 32 tahun.

6 tahun
Selamat Sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :
- Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan(Ikan bilis, sardin, hati, ginjal lembu)
- Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan (Ikan, ayam, daging, makanan laut)
- Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut keperluan normal (Roti, nasi, bihun, kueteow, biskut)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan doktor supaya pemeriksaan dan ujian yang sesuai dapat dijalankan.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih