sshasurii
5 tahun
Gatal gatal di vagina
Saya baru berumur 23 tahun. 3 tahun lepas selepas melakukan hubungan seks saya mengalami kegatalan pada bahagian vagina. bintik bintik juga ada di bahagian dalam vagina. saya tidak ambil serious. tahun ni terjadi lagi sekali, saya nak tahu kalau boleh dapat kan any ubat dari farmasi kerana ujian std costing agak tinggi .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidiasis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trachomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Untuk masalah ini, anda tidak digalakkan untuk mengambil ubat tanpa merujuk doktor. Hal ini kerana masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara daripada masalah kulit sehingga kepada jangkitan yang mana dalam kes jangkitan, anda perlukan ubat yang dipreskripsi oleh doktor.
Justeru, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































